Wednesday, October 1, 2014

SEJARAH AWAL NEGARA

SEJARAH AWAL NEGARA
Sejak beribu-ribu tahun dahulu,penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di tanah melayu,sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi.ini membuktikan bahawa sejarah awal Negara ini telah pun bermula.perkembangan masyarakat dari zaman paleolitik ke zaman mesolitik,zaman logam hingga zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun.seterusnya perkembangan kepercayaan pengaruh Buddha,hindu,dan islam.kerajaan-kerajaan melayu telah muncul sebelum lahirnya sebuah Negara yang berdaulat.kerajaan melayu ini ialah bukti perkembangan ketemadunan Melayu dan diliputi oleh aspek pemerintahan,perundangan,institusi sosial dan ekonomi.

1.1 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
1.1.1 KERAJAAN MELAKA
Kerajaan Melaka merupakan Kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.Kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan,Sriwijaya dan Majapahit.Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang mengendalikan perdagangan.Dari segi agama,kerajaan ini menyebarkan agama Hindu,Buddha,dan Bahasa Sanskrit.pengasasan kesultanan Melaka diasaskan pada abad ke-15.Kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit.Putera raja Palembang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Temasik.Pada waktu itu,Singapura telah pun mempunyai Politik sendiri yang bernaung di bawah Kerajaan Ayudya,Siam.pengaruh kerajaan tersebut ialah Sang Aji Singapura.Parameswara bertakhta di Singapura setelah menewaskan penguasa pulau tersebut.Ayudya membuat serangan balas keatas Singapura.Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke Muar seterusnya Sening Ujung,Bertam dan Melaka.setibanya di Melaka,Parameswara telah menamakan tersebut ‘Melaka’semperna sebatang pohon yang bernama Melaka.


Perkembangan Politik Melaka Pada Tahap Awal
Parameswara mula menyediakan keperluan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.Namun,Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403,seorang duta dari china iaitu Yin Ching telah membawa hadiah untuk Parameswara.situasi ini membuktikan pengiktirafan Negara China terhadap Melaka.Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembaki ke Negara China.kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan (Parameswara) ditabalkan menjadi raja.Laksamana Cheng Ho dari Negara China telah menghadiahi Parameswara alat kebesaran diraja.Hubungan baik dengan Negara China dapat mengukuhkan kedudukan Melaka.Melaka juga telah mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China.

                                       Pemerintahan Kerajaan Melaka
Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka alah raja atau ‘Yang di-Pertuan’.apabila pemerintah Kerajaan Melaka mula memeluk islam,pemerintahnya digelar ‘Sultan dan Syah’.Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah pertama yang memeluk islam.sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’(kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal) beberapa konsep telah menjadi fahaman dan amalan masyarakat ada waktu itu iaitu,konsep taat setia,derhaka,daulat,tulah,dan nobat.antara bahasa istana yang digunakan pula ialah seperti titah,patik,murka,kurnia,dan anugerah.raja dibantu oleh hierarki dan fungsi masing-masing.sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan.’ Sistem pentadbiran Kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama,iaitu Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Laksamana.


                                      Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agung
Empayar Melaka dikatakan meliputi hamper keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu,sebahagian Timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.Melaka penah menjadi pusat Perdagangan dunia.Hal ini kerana,kedudukannya yang strategic dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat.Selain itu,kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama islam di Melaka.akhirnya,Melaka menjadi pusatpenyebaran agama islam.Melaka juga menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakkan daripada pihak istana.

                                 Faktor-faktor Kegemilangan Melaka
Kemunculan Melaka sebagai sebuah Kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor,iaitu :

Ø  FAKTOR SEMULA JADI ATAU GEOGRAFI
Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah laut perdagangan antarabangsa.
Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedududkan ‘di pertemuan angin monsun’ iaitu pertembungan dua angina monsun utama yang membantu pelayaran.kelebihan ini pula ditambah dengan kedudukan selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.Di persisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau.daun nipah digunakan untuk menganyam tikar dan atap.kedudukan geografi semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton,iaitu tumbuhan laut yang menjadi  makanan haiwan laut.Hal ini seacara tidak langsung ,telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut.sebagai contoh,siput,kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini,sehinggakan kulit atau cengkerang kowri pernah dijadikan mata wang yang meluas.

Ø  FAKTOR EKONOMI
Melaka dilimpahi barang dagangan dari Negara luar.kekeyaan hasil serantau seperti rempah,hasil rotan ,dan damar menjadi barang dagangan yang penting sehinggakan Melaka berperanan sebagai pelabuhan entreport yang maju.
Ø  FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
Melaka mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan.kewujudan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu mengekalkan keamanan.


                                                       Kejatuhan  Melaka

Ø  FAKTOR-FAKTOR DALAMAN
Kelemahan pemerintah Melaka-semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah,baginda digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya.Ketika pemerintahan baginda, berlaku juga kelemahan dalam kalangan pembesar.Kelemahan sistem pertahanan-ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah.Kurangnya perpaduan rakyat Melaka-semangat perpaduan rakyat yang lemah.rakyat hidup berpuak-pauk.berlaku juga pertelingkahan Kaum India Muslim dengan kaum melayu.Sikap pembesar-pembesar bersikap tidak adil seperti mengenakan cukai yang tinggi terhadap pedagang.






Ø  FAKTOR-FAKTOR LUARAN
Penemuan Tanjung Pengharapan-aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di Timur.keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah,menyekat penguasaan dagangan pedagang islam dan menyebarkan agama kristian.
Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511  telah Berjaya menundukkan Melaka.



1.1.2  KERAJAAN JOHOR

Selepas kekalahan Melaka,Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud Syah,serta pengikut mereka telah berundur  ke selatan.Mereka membuat persediaan untuk merampas semula  Melaka dari Portugis.rancangan Sultan Ahmad Syah Berjaya dikesan oleh Portugis.Sultan Mahmud  berundur ke Pahang. Sultan Ahmad mangkat.berikutnya,Sultan Mahmud melantik puteranya ,Raja Muzaffar sebagai pengganti baginda dan digelar ‘Raja Muda’.Namun,apabila isteri Sultan Mahmud yang lain(Raja Fatimah) selamat melahirkan seorang putera bernama Raja Ali, kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.atas permintaan Raja Fatimah, Sultan Mahmud menabalkan Raja Ali sebagai ‘Sultan Muda’.walaupun Sultan Mahmud lama bersemayam di Bentan,namun tidak bermaka baginda Berjaya mendirikan kerajaan yang tetap dan ukuh.Baginda kemudian berundur ke Kampar .baginda mangkat di Kampar dan bergelar Marhum Kampar.Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.beliau disebut sebagai sultan Johor yang pertama.



Pemerintah-pemerintah Johor dan Pusat Pentadbiran

Kerajaan Johor  lama telah dipimpin oleh Sembilan orang sultan.
Jadual 1.5 senarai pemerintah Kerajaan Johor lama.

Bilangan
Nama pemerintah
Tahun Pemerintahan
1
Sultan Alauddin Riayat Syah
1528-1564
2
Sultan Muzaffar Syah
1564-1570
3
Sultan Abdul Jalil Syah
1570-1571
4
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil SyahII (Raja Umar)
1571-1597
5
Sultan Alauddin Riayat SyahII(Raja Mansur)
1597-1615
6
Sultan Abdullah Muayat Syah                  (Raja Seberang)
1615-1623
7
Sultan  Abdul Jalil SyahIII (Raja Bujang)
1623-1677
8
Sultan Ibrahim Syah(Raja Ibrahim)
1677-1685
9
Sultan Mahmud Syah
1685-1699


         Pada tahun 1718,Kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja kecil dari              Siak.Beliau menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor  yang baharu bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Berjaya dikalahkan oleh Putera Sultan Abdul Jalil Iv iaitu Raja Sulaiman.seterusnya, Raja Sulaiman digelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722.





                                     Perdagangan di Johor
Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang penting pada abad ke-17.tahun 1641 merupakan tahun yang penting bagi sejarah johor kerana kuasa Portugis di Melaka telah Berjaya disingkirkan.kemampuan tapak-tapak johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa.anta faktor nya adalah:
Kedudukan strategik-sungai johor merupakan sungai yang paling selatan di Semenanjung Tanah Melayu.Sungai johor juga merupakan tempat pertembungan angianginasun dan terlindung dari angin  kencang.
Sungai yang lebar-  ibu kota johor lama muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa sehingga menyaingi pelabuha Acheh dan Melaka.
Peranan rang laut-orang laut berperanan mempengaruhi kepesatan perdagangan di Johor.orang laut juga meronda di perairan Johor dan menguatkuasakan sistem kawalan Belanda.


                                  Pelabuhan Entreport
Johor menguruskan barang-barang dagangan dari pelusuk dunia.anatara barang yang didagangkan di China ialah emas,kayu gaharu, kelembak,sarang burung,gading,kapur barus,bijih timah,rotan,lilin,lada,garam,kuali besi cina,beras,lada hitam dan lain-lain.Perdagangan di johor dijalanan di bawah satu sistem naungan.dalam sistem ini,seseorang pedagang samada dari luar atau dalam johor sendiri mendapat naungan daripada seorang individu yang berkuasa dalam kerajaan.seorang pembesar yang menjadi sangat popular dalam sistem ini ialah Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil.Keseluruhannya, kerajaan johor menjadi pusat perdagangan yang masyhur pada abad ke 17.kerajaan ini juga menjadi pusat penyebaran islam  apabila peranan yang dipegang oleh Acheh sebelum ini telah merosot.Kesultanan johor terus kekal hingga ke hari ini dan menjadi salah satu kerajaan Melayu yang dikagumi kerana pernah mencipta keagungannya tersendiri


1.1.3  PENGASASAN KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU LAIN
Negeri Sembilan -  nama( negeri Sembilan) terhasil apabila terbentuknya sebuah negeri yang berasaskan gabungan Sembilan buah kawasan iaitu Sungai ujung,Naning,Rembau,Jelebu,Johol,Klang,Jelai, Ulu Pahang dan segamat.namun,kawasan seperti Klang kemudiannya diserahkan kepada Selangor.ulu Pahang diserah kepada Pahang.segamat diserah kepada Johor.
Hari ini ,hanya terdapat tujuh daerah sahaja dalam negeri Sembilan iaitu Jelebu,Jempol,Kuala Pilah,Seremban,Port Dickson Rembau dan Tampin.kemuculan pemerintahan di negeri Sembilan berkait rapat dengan kerajaan MinangKabau.Raja Kasah dari MinangKabau buat prtama kalinya telah dijemput menjadi pemerintah.namun,beliau disingkirkan kerana gagal dalam pentadbirannya.kemudian,Raja Adil pula dijemput bagi menggantikan Raja kasah,tetapi turut menerima nasib yang sama.
Pada abad ke-18,anak raja minangkabau menjadi raja untuk membatasi pengaruh Bugis yang semakin kuat di tanah melayu kerana pada masa itu Bugis telah mula melebarkan pengaruh di Linggi.Raja pagar Ruyong telah dijemput tetapi baginda telah menghantar wakilnya ,Raja Melewar  sebagai raja di Negeri Sembilan.seterusnya,Raja Hitam pula ditabalkan menjadi raja .disebabkan baginda tidak mempunyai anak, Raja Lenggang boleh dilihat sebagai emerintah yang Berjaya kerana bermula dengan baginda,menandakan permulaan kemunculan keluarga kesultanan baru di Negeri Sembilan.


  ~SEKIAN,TERIMA KASIH~
-SITI NOR EFARAHIN BINTI MUSIRAN-
-19DIP14F1085




No comments:

Post a Comment