Wednesday, October 1, 2014

PEMBANGUNAN NEGARA


PELAN INTEGRITI NASIONAL

            Pelan Integriti Nasional atau PIN digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan.Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara , iaitu membina masyarakat yang bersatu padu , adil , demokratik , liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.
            Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia.Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.
            PIN ialah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti. PIN merupakan satu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan permantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya intergiti mereka dapat dipertingkatkan, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan  kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat untuk merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.
            Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri bermoral dan etikanya, dengan para wargana mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. PIN juga mewujudkan dengan objekfif khusus iaitu memberi hala tuju dan bimbingan kepada pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama ke arah membina sebuah masyarakat besar yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Selain itu , dapat meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor ke arah usaha meningkatkan integriti supaya konsep integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalakan dalam semua bidang. Objektif lainnya ialah , menggalakkan semangat tanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serata mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti. PIN menyumbang kepada usaha mengukuhkan asas moral masyarakat dan negara, serta meningkatkan kesejahteraan hidup anggota masyarakat. PIN cuba meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21, khususnya cabaran globalisasi, dengan lebih berkesan.
            Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeruluh dan berterusan yang berpadukan oleh prinsip dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dalam sektor negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai komponen “ dari bawah “ yang bekerjasama sesame sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan “ pihak atas “ untuk tujuan meningkatkan integriti. Diantara pelbagai komponen tersebut terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara “ pihak atas “ memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, “ pihak bawah “ pula memberi sokongan , maklum balas dan kawalan kepada “ pihak atas “. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamika dan kekuatannya.Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selaras dengan PIN.Strategi, program dan aktiviti perlu diulang kaji dari semasa ke semasa.Ulang kaji ialah untuk menilai keberkesanan dan memperbaiki kelemahannya agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budaya masyarakat dalam jangka panjang.
            Strategi pelaksanaan Pelan Integriti Nasional untuk institusi keluarga ialah pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kajayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang. Justeru, bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga.Keluarga ialah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya.Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya. Agenda integriti ialah pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga sahaja, peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani , pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identity.
            Untuk komuniti pula pelaksanaannya ialah institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat setempat.Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalinkan rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas.Pelaksanaan Agenda Integriti untuk keluarga berkaitan erat dengan Agenda integriti untuk komuniti.Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baharu.Kewujudan iinstitusi seperti ini membantu pembentukan identity berlandaskan nilai tradisi.Terdapat pertubuhan akar umbi seperti jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan jawatankuasa Penduduk yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti, termasuk menganangi gejala sosial. Juga terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, masjid, surau, pusat pengajian al-Quran, dan institusi ibadat lain yang boleh berperanan membina jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak. Kesemua pertubuhan dan institusi akar umbi ini ialah saluran penting yang boleh menyemai nilai-nilai murni serta memupuk etika anggota komuniti dan warganegara.Pertubuhan dan institusi ini perlu diperukuhkan dan peranan mereka ditingkatkan untuk bersama-sama dengan institusi keluarga dan lain-lain dalam gerakan pemantapan integriti.Agenda integriti untuk komuniti ialah pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan berkomuniti, pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti, pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.
            Untuk masyarakat sivil, pelaksanaannya ialah ruang antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar, khususnya Negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi, perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam sekitar dan hak asasi manusia.NGO juga bergiat memajukan profesion atau aktiviti tertentu seperti sukan, kesenian, kebudayaan dan aktiviti keagamaan ataupun berperanan sebagai pemberi khidmat penjagaan.NGO berperan sebagai rakan kepada kerajaan dalam menganangi pelbagai isu seperti gajala sosial, keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta isu kepenggunaan dan alam sekitar.Ruang untuk mereka bergerak perlu diperluaskan. Agenda integriti untuk masyarakat sivil ialah peningkatan integriti masyarakat sivil-badan bukan kerajaan (NGO), peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti, pengukuhan kerjasama ( antara NGO, kerajaan dan swasta ) untuk memantapkan integriti.
            Untuk institusi Sosiobudaya ialah institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan ( sekolah, kolej dan universiti ), kesihata, rekreasi dan sukan, media massa serta seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi pendidikanmemainkan peranan amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap. Komponen kesihatan, rekreasi dan sukan pula menyumbang kepada pembinaan kesihatan, kecergasan, keceriaan dan produktiviti individu, komponen lain sosiobudaya seperti media massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan kehidupan masyarakat dan negara. Kesemua komponen tersebut juga menyemai nilai-nilai bagi pembinan insan dan pembentukan identiti.Justeru, komponen-komponen ini perlu digemblengkan dalam usaha pemantapan integriti.Agenda integriti untuk institusi sosiobudaya ialah, pembinaan insan berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti, peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, pemantapan nilai-nilai murnidan pembentukan identity warganegara.
            Untuk institusi agama , merupakan sangat pentingdalam membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing.Ia juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Kepelbagaian agama seperti yang terdapat di Malaysia tidak harus menjadi masalah sekiranya pelbagai isu ditangani dengan baik.Justeru, sikap saling menghormati, saling memahami dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.Agenda integriti untuk institusi agama ialah peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama. Selain itu penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama dan peningkatan penghayatan dan pengalaman ajaran agama islam sebagai agama kemajuan.
            Untuk institusi ekonomi ialah terdapat organisasi yang mewakili kepentingan majikan dan kepentingan pekerja.Organisasi ini memainkan peranan memelihara hubungan yang membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan dilaksanakan dengan berkesan.Pemacu utama sektor swasta yang menjadi penjana pertumbuhan ekonomi negara.Kejayaan sektor swasta bergantung kepada keupayaannya menangani persaingan dan persekitaran yang mencabar.Perkembangan-perkembangan seperti amalan rasuah, skandal dan terlampau mengejar keuntungan menegaskan satu hakikat pokok bahawa peningkatan etika dan integriti amat perlu diterapkan dalam bidang ekonomi.Prinsip tadbir urus terbaik perlu menjadi nadi dan jiwa sektor swasta. Pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) dan Suruhanjaya Sekuriti ( SC ) adalah penting agar gejala negatif dapat dibedung, peluang pekerjaan diperbanyak, manakala pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran dapat dikekalkan.Agensi integriti bagi institusi ekonomi ialah pemantapan integriti sektor korporat, peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial, pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika, pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.
            Pelaksaan lainnya ialah untuk institusi politik.Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi dengan pemerintah dipilih melaui pilihan raya.Sistem ini menggabungkan institusi raja berpelembagaan dengan system pemerintahan berparti pada peringkat pusat dan negeri dengan pilihan raya dijalankan secara berkala.Sistem ini, terbukti berkesan dan Berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum.Sistem ini perlu dupertahankan dan dikembangkan, manakala pelbagai kelemahan dan kekurangan diperbaiki.Sistem politik berpalimen, system pilihan raya, parti politik, serta jentera pentadbiran merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara.Oleh sebab kesemuanya terlibat dalam pengurusan kuasa yang memberi kesan ke atas kemajuan masyarakat dan negara, maka integriti kesemua institusi ini ternyata sangat penting.Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutama bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat.Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepadaa dunia luar, rakyat semakin sedar tentang hak mereka.Dengan itu, mereka semakin tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu.Raykat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa perlu bersifat amanah, telus, bertanggungjawab, serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Wakil-wakil Rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika atau prinsip “ Bekerja bersama-sama ketua, bukan untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan negara.” Agenda integriti ialah pengekalan keluhuran perlembagaan dan system politik negara, pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur, pengamalan politik berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokrasi mengikut acuan sendiri.
            Akhir sekali ialah teras pelaksanaan agenda integriti untuk institusi pentadbiran.Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara.Pentadbiran merupakan aspek yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.Pentadbiran sektor awam ialah peneraju utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat.Oleh itu, integriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani. Jentera pentadbiran menghadapi pelbagai cabaran baharu seperti impak globalisasi dan kemajuan teknologi khususnya teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ). Tuntutan rakyat untuk suatu jentera pentadbiran yang dinamik dan cekap juga semakin meningkat.Kesemua ini menjadikan tugas pentadbiran lebih mencabar.Terdapat masalah pertembungan bidang kuasa antara bidang pentadbiran dengan bidang politik.Akibatnya, pihak pentadbir merasakan bidang politik mencampuri urusan mereka, manakala bidang politik pula menganggap mereka mempunyai hak untuk menyertainya kerana mereka mendapat mandatdaripada rakyat.Persoalan ini perlu diteliti dan sebarang konflik antara bidang pentadbiran dengan politik diharmonikan.Agenda integriti ialah pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawab dan tadbir urus terbaik.Selain itu juga peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.




~SEKIAN,TERIMA KASIH~
~NATASHA HANAFI BINTI MOHD HANAFIAH
~19DIP14F1034

            

No comments:

Post a Comment