Wednesday, October 1, 2014

PEMBANGUNAN NEGARA

PEMBANGUNAN NEGARA

6.0 Pengenalan
Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmorni dan situasi ini berkaitvrapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969, amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosieoekonomi antara kaum. Walaupun peristiwa 13 Mei membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakkan harta benda, namun kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin Negara dan masyarakat bahawa suatu tindakan yang keras terus diambil.

6.1 Rancangan dan Visi Pembangunan

 Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama,        iaitu :
A.      Perancangan zaman sebelum merdeka
B.      Perancangan zaman selepas merdeka
C.      Perancangan selepas pelaksanaan DAsar Ekonomi Baru


6.1.1 Maksud Pembangunan
·         Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan demensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha pengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Prubahan yang dimaksudkan aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, social, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini jugamerujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.


·         Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara  yang seimbang menjadi matlamat negara sejak kemerdekaan sehingga kkini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajahan British sebelum ini.
·         Pembangunan negara dirancangkan melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan rancangan  pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.

6.1.2 Rancangan Pembangunan Lima Tahun       
·         Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangkan Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan makreokonomi dan juga saiz serta peruntukan yang disediakan untuk program pmbangunan sector awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan  bagi sector swasta.


Jadual 6.1 Ringkasan Dasar dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
    Rancangan
     Objektif / Matlamat
         Pelaksanaan / Kejayaan
Rancangan Malaya Pertama ( 1956 – 1960 )
Matlamat utama :
1.      Memajukan sektor luar Bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar Bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan .
2.      Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah dan getah)
Penubuhan 2 generasi kerajaan :
1.      Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953.
2.      Lembangan Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar Bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
1.      Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur luar Bandar.
2.      Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.
3.      Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan.
4.      Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada org tengah.
1.      Penyertaan lebih ramai  rakyat dalam rancangan –rancangan pembangunan.
2.      Peruntukan pembangunan ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan  Malaya Pertama.
3.      Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara.
4.      Hasilnya, purata kadar pertumbuhan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun.
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
·         Rancangan lima tahun yang pertama setelah pembentukan Malaysia.
1.      Member tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (tanah melayu, Sarawak,  sabah).
2.      Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi.
Beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan:
1.      Majlis Amanah rakyat(MARA) 1966.
2.      Bank Bumiputra 1966.
3.      Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967.
4.      Lembaga Penasihat tariff dan Perbadanan nasional Berhad(PERNAS) 1969.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969.
1.      Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
2.      Menggalakkan pemilikan modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputra sekurang-kurangnya 30% dalam tahun 1990.
3.      Penubuhan petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974.
KDNK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada yang dirancang, 6.8% setahun. Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%), perdagangan (14.4%) dan lain lain (10.15%).
Rancangan Malaysia Ketiga
(1976-1980)
1.      Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan Bandar-bandar baharu.
2.      Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara.
1.      Sebanyak 28 buah Bandar dibina di, bawah rancangan KEJORA, KETENGAH, DARA pada tahun 1980.
2.      Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.
Rancangan Malaysia keempat
(1881-1985)
Dilancarkan semasa negara mengalami masalah ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia.
1.      Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar Bandar.
2.      Sektor baharu diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelabuhan modal.
1.      Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
2.      Membuka kawasan perindustrian naharu seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.
3.      Membuka kawasan perdagangan bebas seperti bayan lepas.
4.      Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP).
Rancangan Malaysia kelima
(1986-1990)
Matlamat utama :
1.      Mencapai perpaduan negara
2.      Mencapai objektif DEB
3.      Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik masyarakat, perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain.


4.      Meningkatkan pelaburan asing terutama dalam sektor eksport.
5.      Menggalakkan sektor pertanian dan luar Bandar.­­­­
1.      Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
2.      Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan,  pembinaan, perhotelan, dan perkapalan.
3.      Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.
4.      Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
Rancangan Malaysia keenam
(1991-1995)
1.      Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.
2.      Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai.
1.      Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakanprogram penswastaan.
2.      Mengurangkan pembelanjaan tidak produktif.
3.      Mengelakkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan.
4.      Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu.
Rancangan Malaysia ketujuh
(1996-2001)
1.      Mewujudkan pertubuhan ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan memperkuat daya tahan ekonomi negara.
2.      Pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan.
3.      Mempertingkatkan guna tenaga, pendidikan dan latihan.
4.      Pembangunan kemasyarakatan seperti perumahan, kesihatan, khidmat social dan infrastruktur ditekankan.

5.      Meggiatkan program penswastaan bagi meringankan beban kerajaan.
1.      Melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaiki perhubungan seperti KLIA, Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, MEASAT dan lain-lain.
2.      Menyediakan kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup gologan miskin.
3.      Penempatan semua setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin.




4.      Menambah peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah universiti/ pusat pengjian tinggi.
Rancangan Malaysia kelapan
(2002-2006)
1.      Memperkukuh keupayaan, kebolehan dan keazaman negara bagi mengahadapi cabaran masa hadapan.
2.      Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi.
1.      Masih menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi.
2.      Dasar penswastaan diperkukhkan.
3.      Pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika.
Rancangan Malaysia kesembilan
(2007-2011)
Matlamat utama adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan member keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.
1.      Memastikan pengagihan ekonomi yang saksama.
2.      Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat  termiskin di luar Bandar.
3.      Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera (MPPB)
4.      Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
5.      Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
6.      Merancangkan program penswastaan.
Rancangan Malaysia kesepuluh

1.      Memacu ekonomi berdasarkan factor dalam negara.
2.      Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa.
3.      Mentranformasikan negara berpendapatan tinggi.

4.      Pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi.
5.      Mengekalkan modal insan.
6.      Memanfaatkan peluang sama rata, perkongsian pintar.
7.      Menghargai khazanah negara.
1.      Pembangunan berasakan kekuatan negara.
2.      Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi.
3.      Menuju ke arah pembangunan sosieoemosi secara inklusif.


4.      Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.  
5.      Mewujudan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
6.      Mentranformasikan kerajaan kea rah mentranformasikan Malaysia.




~SEKIAN,TERIMA KASIH~
~NURULHAZIQAH BINTI HAJA MUHAIADIN
~19DIP14F1079


PEMBANGUNAN NEGARA


PELAN INTEGRITI NASIONAL

            Pelan Integriti Nasional atau PIN digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan.Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara , iaitu membina masyarakat yang bersatu padu , adil , demokratik , liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.
            Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia.Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.
            PIN ialah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti. PIN merupakan satu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan permantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya intergiti mereka dapat dipertingkatkan, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan  kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat untuk merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.
            Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri bermoral dan etikanya, dengan para wargana mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. PIN juga mewujudkan dengan objekfif khusus iaitu memberi hala tuju dan bimbingan kepada pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama ke arah membina sebuah masyarakat besar yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Selain itu , dapat meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor ke arah usaha meningkatkan integriti supaya konsep integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalakan dalam semua bidang. Objektif lainnya ialah , menggalakkan semangat tanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serata mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti. PIN menyumbang kepada usaha mengukuhkan asas moral masyarakat dan negara, serta meningkatkan kesejahteraan hidup anggota masyarakat. PIN cuba meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21, khususnya cabaran globalisasi, dengan lebih berkesan.
            Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeruluh dan berterusan yang berpadukan oleh prinsip dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dalam sektor negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai komponen “ dari bawah “ yang bekerjasama sesame sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan “ pihak atas “ untuk tujuan meningkatkan integriti. Diantara pelbagai komponen tersebut terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara “ pihak atas “ memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, “ pihak bawah “ pula memberi sokongan , maklum balas dan kawalan kepada “ pihak atas “. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamika dan kekuatannya.Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selaras dengan PIN.Strategi, program dan aktiviti perlu diulang kaji dari semasa ke semasa.Ulang kaji ialah untuk menilai keberkesanan dan memperbaiki kelemahannya agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budaya masyarakat dalam jangka panjang.
            Strategi pelaksanaan Pelan Integriti Nasional untuk institusi keluarga ialah pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kajayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang. Justeru, bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga.Keluarga ialah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya.Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya. Agenda integriti ialah pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga sahaja, peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani , pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identity.
            Untuk komuniti pula pelaksanaannya ialah institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat setempat.Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalinkan rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas.Pelaksanaan Agenda Integriti untuk keluarga berkaitan erat dengan Agenda integriti untuk komuniti.Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baharu.Kewujudan iinstitusi seperti ini membantu pembentukan identity berlandaskan nilai tradisi.Terdapat pertubuhan akar umbi seperti jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan jawatankuasa Penduduk yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti, termasuk menganangi gejala sosial. Juga terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, masjid, surau, pusat pengajian al-Quran, dan institusi ibadat lain yang boleh berperanan membina jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak. Kesemua pertubuhan dan institusi akar umbi ini ialah saluran penting yang boleh menyemai nilai-nilai murni serta memupuk etika anggota komuniti dan warganegara.Pertubuhan dan institusi ini perlu diperukuhkan dan peranan mereka ditingkatkan untuk bersama-sama dengan institusi keluarga dan lain-lain dalam gerakan pemantapan integriti.Agenda integriti untuk komuniti ialah pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan berkomuniti, pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti, pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.
            Untuk masyarakat sivil, pelaksanaannya ialah ruang antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar, khususnya Negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi, perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam sekitar dan hak asasi manusia.NGO juga bergiat memajukan profesion atau aktiviti tertentu seperti sukan, kesenian, kebudayaan dan aktiviti keagamaan ataupun berperanan sebagai pemberi khidmat penjagaan.NGO berperan sebagai rakan kepada kerajaan dalam menganangi pelbagai isu seperti gajala sosial, keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta isu kepenggunaan dan alam sekitar.Ruang untuk mereka bergerak perlu diperluaskan. Agenda integriti untuk masyarakat sivil ialah peningkatan integriti masyarakat sivil-badan bukan kerajaan (NGO), peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti, pengukuhan kerjasama ( antara NGO, kerajaan dan swasta ) untuk memantapkan integriti.
            Untuk institusi Sosiobudaya ialah institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan ( sekolah, kolej dan universiti ), kesihata, rekreasi dan sukan, media massa serta seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi pendidikanmemainkan peranan amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap. Komponen kesihatan, rekreasi dan sukan pula menyumbang kepada pembinaan kesihatan, kecergasan, keceriaan dan produktiviti individu, komponen lain sosiobudaya seperti media massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan kehidupan masyarakat dan negara. Kesemua komponen tersebut juga menyemai nilai-nilai bagi pembinan insan dan pembentukan identiti.Justeru, komponen-komponen ini perlu digemblengkan dalam usaha pemantapan integriti.Agenda integriti untuk institusi sosiobudaya ialah, pembinaan insan berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti, peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, pemantapan nilai-nilai murnidan pembentukan identity warganegara.
            Untuk institusi agama , merupakan sangat pentingdalam membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing.Ia juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Kepelbagaian agama seperti yang terdapat di Malaysia tidak harus menjadi masalah sekiranya pelbagai isu ditangani dengan baik.Justeru, sikap saling menghormati, saling memahami dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.Agenda integriti untuk institusi agama ialah peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama. Selain itu penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama dan peningkatan penghayatan dan pengalaman ajaran agama islam sebagai agama kemajuan.
            Untuk institusi ekonomi ialah terdapat organisasi yang mewakili kepentingan majikan dan kepentingan pekerja.Organisasi ini memainkan peranan memelihara hubungan yang membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan dilaksanakan dengan berkesan.Pemacu utama sektor swasta yang menjadi penjana pertumbuhan ekonomi negara.Kejayaan sektor swasta bergantung kepada keupayaannya menangani persaingan dan persekitaran yang mencabar.Perkembangan-perkembangan seperti amalan rasuah, skandal dan terlampau mengejar keuntungan menegaskan satu hakikat pokok bahawa peningkatan etika dan integriti amat perlu diterapkan dalam bidang ekonomi.Prinsip tadbir urus terbaik perlu menjadi nadi dan jiwa sektor swasta. Pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) dan Suruhanjaya Sekuriti ( SC ) adalah penting agar gejala negatif dapat dibedung, peluang pekerjaan diperbanyak, manakala pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran dapat dikekalkan.Agensi integriti bagi institusi ekonomi ialah pemantapan integriti sektor korporat, peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial, pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika, pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.
            Pelaksaan lainnya ialah untuk institusi politik.Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi dengan pemerintah dipilih melaui pilihan raya.Sistem ini menggabungkan institusi raja berpelembagaan dengan system pemerintahan berparti pada peringkat pusat dan negeri dengan pilihan raya dijalankan secara berkala.Sistem ini, terbukti berkesan dan Berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum.Sistem ini perlu dupertahankan dan dikembangkan, manakala pelbagai kelemahan dan kekurangan diperbaiki.Sistem politik berpalimen, system pilihan raya, parti politik, serta jentera pentadbiran merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara.Oleh sebab kesemuanya terlibat dalam pengurusan kuasa yang memberi kesan ke atas kemajuan masyarakat dan negara, maka integriti kesemua institusi ini ternyata sangat penting.Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutama bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat.Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepadaa dunia luar, rakyat semakin sedar tentang hak mereka.Dengan itu, mereka semakin tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu.Raykat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa perlu bersifat amanah, telus, bertanggungjawab, serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Wakil-wakil Rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika atau prinsip “ Bekerja bersama-sama ketua, bukan untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan negara.” Agenda integriti ialah pengekalan keluhuran perlembagaan dan system politik negara, pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur, pengamalan politik berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokrasi mengikut acuan sendiri.
            Akhir sekali ialah teras pelaksanaan agenda integriti untuk institusi pentadbiran.Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara.Pentadbiran merupakan aspek yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.Pentadbiran sektor awam ialah peneraju utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat.Oleh itu, integriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani. Jentera pentadbiran menghadapi pelbagai cabaran baharu seperti impak globalisasi dan kemajuan teknologi khususnya teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ). Tuntutan rakyat untuk suatu jentera pentadbiran yang dinamik dan cekap juga semakin meningkat.Kesemua ini menjadikan tugas pentadbiran lebih mencabar.Terdapat masalah pertembungan bidang kuasa antara bidang pentadbiran dengan bidang politik.Akibatnya, pihak pentadbir merasakan bidang politik mencampuri urusan mereka, manakala bidang politik pula menganggap mereka mempunyai hak untuk menyertainya kerana mereka mendapat mandatdaripada rakyat.Persoalan ini perlu diteliti dan sebarang konflik antara bidang pentadbiran dengan politik diharmonikan.Agenda integriti ialah pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawab dan tadbir urus terbaik.Selain itu juga peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.




~SEKIAN,TERIMA KASIH~
~NATASHA HANAFI BINTI MOHD HANAFIAH
~19DIP14F1034

            

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA


SISTEM PILIHAN RAYA
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri , boleh menubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri . Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasakan ‘First-Past-The-Post-System’ . Calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytiharkan pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan . Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya , beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosuder pilihan raya dipatuhi sepenuhnya . Semua undang-undang dan peraturan berkait secara langsung dengan proses pilihan raya . Walau bagaimanapun , terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya , tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihan raya . Antara akta tersebut adalah Akta Polis 1962 , Akta Hasutan 1970 , Akta Rahsia Rasmi 1972 , Akta Keselamatan Dalam Negeri ,1960.
Seterusya , bilangan kerusi atau kawasan ialah dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia , seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatau bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri) . Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri .Persempadaan semula bahagian-bahagian pilihan raya ialah sebagai sebahgian daripada fungsi utamanya , SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri . SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada lapan tahun .Untuk pendaftran pemilih ialah satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri , di Malaysia seseorang itu layak untuk mendaftar jika seorang warganegara Malaysia , berumur tidak kurang daripada 21tahun pada tarikh kelayakan , seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia dan tidak hilang kelayakan .
Hilang kelayakan pemilih ialah seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika sekiranya dirinya pada tarikh kelayakan ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara , sebelum tarikh kelayakan telah didapati bersalah dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan , telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 , dan elah memperoleh kerakyatan asing . Untuk semakan daftar pemilih ialah dijalankan di sepanjang tahun , seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang . Daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap tiga bulan sekali dan pendaftaran tersebutdipameekan selama tujuh hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan . Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam , daftarpemilih untuk tahun berkenaan akandisahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh sebulan . Semasa semakan daftar induk , nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan .
        Bagi kelayakan calon ialah dalam sistem pilihan raya di Malaysia , calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas . Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat berikut seperti warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini , berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon dan tinggal di negeri di mana dia akan bertanding  . Seseorang calon akan hilang kelayakan sekiranya dirinya telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman , bankrap , memegang jawatan berkepentingan office of profit , gagal mengemukakanlaporan perbelanjaan pilihan raya ,telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari RM2,000 dan belum mendapat pengampunan dan telah memperoleh kewarganegaraan asing .Seterusnya , permulaan pilhan raya dan proses penamaan calon ialah pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri seperti yang ditetapkan oleh undang-undang ,diadakan sekali dalam tempoh lima tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal,  pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran . Raya Kecil juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan sama ada disebabkan kematian , peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan , dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR . Pilihan Raya Umum Pilihan Kecil bermula dengan pengeluaran writpilihan raya oleh SPR kepada Pegawai Pengurus , pada masa yang sama satu notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi . Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh SPR bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus .kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon , pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka . Kebiasaannya kertas-kertas penamaan calon mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan , kertas-kertas penamaan calon akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan . Dalam kes di  mana seorang calon sahaja yang dicadangkan , Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu memang tanpa bertanding .
          Deposit pula ialah wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon . Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon yang bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan . Bagi penggunaan simbol ialah seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan .Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh SPR untuk dicetak pada kertas-kertas undi .
     Kempen ialah SPR telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen seperti yang tertera dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002 . Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi . Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus , dan tugas pasukan ini adalah untuk memantau bahan-bahan kempen , ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum , bagi memastikan peruntukan-peruntukan pilihan raya tidak dilanggar . SPR juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa pada peringkat pusat/negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik , calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya . Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya akan disediakan dan perkara-perkara ini perlu diberi perhatian oleh calon-calon dan petugas-petugas parti .Lazimnya , kempan pilihan raya melibatkan pengedaran risalah dan surat , poster , ceramah tertutup dan ceramah umum , dan kempen dari rumah ke rumah .
         Hari mengundi ialah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi . Secara rasmi , hari mengundi bermula dari selepas jam 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pegumuman keputusan pilihan raya . Bagi kawasan pendalaman , unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran proses membuang undi . SPR biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti tarikh mengundi , lokasi mengundi dan waktu mengundi . Kebenaran untuk memasuki tempat mengundi ialah hanya pemilih-pemilih yang mana mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masa untuk membuang undi . Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi , hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi seperti Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya , Ketua Tempat Mengundi Pilihan Raya , calon-calon dan wakil calon , ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi dan mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya . Cara-cara mengundi ialah seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon yang dipilih . Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) , kertas-kertas undi mestilah ditandakan , dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang bersaingan yang telah ditandakan dengan ada ‘PARLIMEN’DAN ‘ dan ‘NEGERI’ . Bagi undi pos pula ialah dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos . Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi . Prosuder-prosuder yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi
        Barung SPR ialah undang-undang yang ada pada masa ini , melarang calon daripada mendirikan pondok di mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding . Walau bagaimanapun , parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya pondok itu terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi . Bagi memastikan kelancaran pengundian , SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi . Yujuan barung-barung ini didirikan adalah untuk membantu pemilih-pemilih mnyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur . Bagi pengiraan dan penjumlahan undi pula ialah pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di sebuah pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan . Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan . Semasa undi dikira , mereka yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi iaitu seperti mereka Ahli-ahli dan pegawai-pegawai SPR , Pegawai yang dilantik oleh SPR , kerani mengira undi , dan calon wakil dan ejen mengira undi . Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang telah ditetapkan oleng undang-undang dan peraturan dan bagi mwmastikan urusan pengiraan undi itu betul , adil dan telus .
           Petisyen pilihan raya ialah keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah . Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut seperti sogokan , peras ugut atau sebarang salah laku yanh mungkin telah menjejaskan pilihan raya , ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya oleh mana-mana pihak , perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon dan ejen-ejen , dan calon atau ejen-ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya . Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta . Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan , jika hakim piliha raya memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal , SPR akan mengeluarkan notis yang pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut . Bagi penyata perbelanjaan pilihan raya ialah seseorang calon-calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya , tetapi tidak boleh melebihiRM 200,000 bagi Dewan Rakyat , dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri . Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta . Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 .
        Penyimpanan dan pelupusan ialah dalam proses pilihan raya , satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan . Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon . Peti-peti khas ini akan disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus . Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga counter foilskertas undi . Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi . Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi , ada kes-kes petisyen . Selepas tempoh enam bulan , Pegawai Pengurus (selepas mendapat kebenaran daripada SPR) akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan . PegawaiPengurus kemudiannya akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri .


~SEKIAN, TERIMA KASIH~
~SITI SHAHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
~19DIP14F1031