PEMBANGUNAN
NEGARA
6.0
Pengenalan
Pada hari ini rakyat
Malaysia dapat hidup secara aman dan harmorni dan situasi ini berkaitvrapat
dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan
dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan
amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969, amalan
ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa membawa
kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Tidak kurang
juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai
kesan perbezaan sosieoekonomi antara kaum. Walaupun peristiwa 13 Mei membawa
kepada kematian orang ramai dan kerosakkan harta benda, namun kejadian ini juga
turut menyedarkan para pemimpin Negara dan masyarakat bahawa suatu tindakan
yang keras terus diambil.
6.1 Rancangan dan Visi Pembangunan
Secara umumnya, sejarah perancangan
pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu :
A.
Perancangan zaman
sebelum merdeka
B.
Perancangan zaman
selepas merdeka
C.
Perancangan
selepas pelaksanaan DAsar Ekonomi Baru
6.1.1 Maksud Pembangunan
·
Pembangunan
mempunyai pelbagai maksud dan demensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada
usaha pengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.
Prubahan yang dimaksudkan aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik,
social, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini
jugamerujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.
·
Secara keseluruhannya,
pembangunan ekonomi negara yang seimbang
menjadi matlamat negara sejak kemerdekaan sehingga kkini. Selepas kemerdekaan,
pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk
mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat
Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajahan
British sebelum ini.
·
Pembangunan
negara dirancangkan melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima
Tahun dan Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan
rancangan pembangunan dan dua Rangka
Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
6.1.2 Rancangan Pembangunan Lima Tahun
·
Rancangan
Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangkan Sederhana yang mengandungi dokumen
kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan, menetapkan sasaran
perkembangan makreokonomi dan juga saiz serta peruntukan yang disediakan untuk
program pmbangunan sector awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya
juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sector swasta.
Jadual 6.1
Ringkasan Dasar dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rancangan
|
Objektif / Matlamat
|
Pelaksanaan / Kejayaan
|
Rancangan Malaya
Pertama ( 1956 – 1960 )
|
Matlamat utama :
1.
Memajukan
sektor luar Bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar Bandar serta
mengurangkan kadar kemiskinan .
2.
Mempelbagaikan
sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu
(khususnya timah dan getah)
|
Penubuhan 2 generasi
kerajaan :
1.
Rural
Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953.
2.
Lembangan
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Kedua-duanya
berperanan memajukan ekonomi luar Bandar dan mempertingkatkan taraf hidup
penduduk luar Bandar.
|
Rancangan Malaya
Kedua (1961-1965)
|
1.
Memperbaiki
kemudahan asas dan infrastruktur luar Bandar.
2.
Menggiatkan
projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.
3.
Mempelbagaikan
jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan.
4.
Membantu
petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan
kepada org tengah.
|
1.
Penyertaan
lebih ramai rakyat dalam rancangan
–rancangan pembangunan.
2.
Peruntukan
pembangunan ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama.
3.
Bilik-bilik
gerakan dibuka di seluruh negara.
4.
Hasilnya,
purata kadar pertumbuhan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada
6.4% setahun.
|
Rancangan Malaysia
Pertama (1966-1970)
·
Rancangan lima
tahun yang pertama setelah pembentukan Malaysia.
|
1.
Member tumpuan
kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (tanah
melayu, Sarawak, sabah).
2.
Penekanan
terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan
ekonomi.
|
Beberapa buah agensi
kerajaan telah dilahirkan:
1.
Majlis Amanah
rakyat(MARA) 1966.
2.
Bank Bumiputra
1966.
3.
Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967.
4.
Lembaga
Penasihat tariff dan Perbadanan nasional Berhad(PERNAS) 1969.
|
Rancangan Malaysia
Kedua (1971-1975)
|
Mengatasi dan
memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian
peristiwa 13 Mei 1969.
|
1.
Pengenalan DEB
dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi
mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
2.
Menggalakkan
pemilikan modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputra sekurang-kurangnya
30% dalam tahun 1990.
3.
Penubuhan
petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974.
KDNK meningkatkan pada
kadar 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada yang dirancang, 6.8% setahun.
Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%),
perdagangan (14.4%) dan lain lain (10.15%).
|
Rancangan Malaysia
Ketiga
(1976-1980)
|
1.
Merupakan
peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang
ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan Bandar-bandar baharu.
2.
Penekanan
kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara.
|
1.
Sebanyak 28
buah Bandar dibina di, bawah rancangan KEJORA, KETENGAH, DARA pada tahun
1980.
2.
Badan-badan berkanun
seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha
pembangunan.
|
Rancangan Malaysia
keempat
(1881-1985)
|
Dilancarkan semasa
negara mengalami masalah ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah
dunia.
1.
Tumpuan
diberikan kepada sektor pertanian di luar Bandar.
2.
Sektor baharu
diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelabuhan modal.
|
1. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
2. Membuka kawasan perindustrian naharu seperti
Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.
3. Membuka kawasan perdagangan bebas seperti bayan
lepas.
4. Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP).
|
Rancangan Malaysia
kelima
(1986-1990)
|
Matlamat utama :
1. Mencapai perpaduan negara
2. Mencapai objektif DEB
3. Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak
milik masyarakat, perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain.
4. Meningkatkan pelaburan asing terutama dalam sektor
eksport.
5. Menggalakkan sektor pertanian dan luar Bandar.
|
1.
Menekankan
bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan
dan kekurangan guna tenaga.
2.
Pembangunan
sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan, dan perkapalan.
3.
Menubuhkan
Perbadanan Pelancongan Malaysia.
4.
Memperkenalkan
Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
|
Rancangan Malaysia
keenam
(1991-1995)
|
1.
Mengekalkan
momentum pembangunan pesat ekonomi negara.
2.
Menguruskan
kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai.
|
1.
Menggalakkan
penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakanprogram
penswastaan.
2.
Mengurangkan
pembelanjaan tidak produktif.
3.
Mengelakkan
dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki
iklim pelaburan.
4.
Mengubah
struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih
dan keluaran yang lebih bermutu.
|
Rancangan Malaysia
ketujuh
(1996-2001)
|
1.
Mewujudkan
pertubuhan ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan
memperkuat daya tahan ekonomi negara.
2.
Pembasmian
kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan.
3.
Mempertingkatkan
guna tenaga, pendidikan dan latihan.
4.
Pembangunan
kemasyarakatan seperti perumahan, kesihatan, khidmat social dan infrastruktur
ditekankan.
5.
Meggiatkan program
penswastaan bagi meringankan beban kerajaan.
|
1.
Melaksanakan
projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaiki perhubungan
seperti KLIA, Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, MEASAT dan lain-lain.
2.
Menyediakan
kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup gologan miskin.
3.
Penempatan
semua setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat
Termiskin.
4.
Menambah
peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah universiti/ pusat
pengjian tinggi.
|
Rancangan Malaysia
kelapan
(2002-2006)
|
1.
Memperkukuh
keupayaan, kebolehan dan keazaman negara bagi mengahadapi cabaran masa
hadapan.
2.
Penekanan
kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi.
|
1.
Masih
menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi.
2.
Dasar
penswastaan diperkukhkan.
3.
Pengenalan
program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika.
|
Rancangan Malaysia
kesembilan
(2007-2011)
|
Matlamat utama
adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan
member keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu
pembangunan fizikal.
|
1.
Memastikan
pengagihan ekonomi yang saksama.
2.
Meningkatkan
usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar Bandar.
3.
Meningkatkan
pemilikan ekuiti Bumiputera (MPPB)
4.
Menyediakan
kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
5.
Menggalakkan
penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
6.
Merancangkan
program penswastaan.
|
Rancangan Malaysia
kesepuluh
|
1.
Memacu ekonomi
berdasarkan factor dalam negara.
2.
Memanfaatkan
kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa.
3.
Mentranformasikan
negara berpendapatan tinggi.
4.
Pertumbuhan
berasaskan produktiviti dan inovasi.
5.
Mengekalkan
modal insan.
6.
Memanfaatkan
peluang sama rata, perkongsian pintar.
7.
Menghargai
khazanah negara.
|
1.
Pembangunan
berasakan kekuatan negara.
2.
Mewujudkan
persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi.
3.
Menuju ke arah
pembangunan sosieoemosi secara inklusif.
4.
Membangun dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
5.
Mewujudan persekitaran
ke arah meningkatkan kualiti hidup.
6.
Mentranformasikan
kerajaan kea rah mentranformasikan Malaysia.
|
~SEKIAN,TERIMA KASIH~
~NURULHAZIQAH BINTI HAJA MUHAIADIN
~19DIP14F1079